facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Header AD

Cara Root GALAXY NOTE 3

Image result for cara root samsung

Assalammualikum dan salam sejahtera kepada semua.

Hari ini ingin saya maklumkan bahawa bagi pengguna Note 3 kini mampu menarik nafas lega terutama kepada yang berhasrat untuk ROOTING. Memandangkan Chainfire telah mengeluarkan CF-AUTO ROOT bagi untuk semua model termasuk 3G (N900) dan LTE (N9005)

AMARAN  !!!
Rooting dan Flashing custom ROM di Galaxy Note 3 yang memiliki aplikasi KNOX boleh menyebabkan warranty anda akan hilang. 

Cara Root Galaxy Note 3

PERINGATAN!

Pastikan peranti anda adalah model yang betul  Setting -> More -> About Device -> Model Number. Jika model smartphone berlainan dengan model yang dimaksudkan, anda dinasihatkan untuk TIDAK melakukan proses rooting ini.
Seperti biasa, mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Melakukan Proses Root

Lakukan backup.
Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh.
Pastikan anda telah install Samsung Kies di PC/laptop anda. Jika belum, download Samsung Kies dari LINK INI, install dan restart PC/laptop anda. (penting untuk memastikan driver telah dipasang di PC/laptop anda)
Tools Yang Anda Perlukan (Download)

Download CF-Auto Root mengikut model smartphone anda dan unzip.

NOTA : Unzip fail CF-Auto Root di atas dan anda akan perolehi fail dalam format .tar.md5.
Langkah – Langkah Root Galaxy Note 3

Langkah 1
Setkan smartphone anda ke Debugging Mode ( Setting -> More -> Developer options -> USB Debugging ).
Turn off smartphone ( pastikan betul – betul atau tanggalkan bateri smartphone anda untuk mendapatkan kepastian )

Langkah 2
Setkan smartphone anda ke Download Mode ( VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk beberapa saat sehingga anda berada di Download Mode )

Langkah 3
Start Odin 3 (1.85) yang anda download di PC / laptop anda.

Langkah 4
Sambungkan Galaxy Note 3 anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.

Langkah 5
Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ruangan ID: COM di Odin bertukar ke warna kuning atau biru ).

Langkah 6
Klik PDA dan pilih fail CF-Auto-Root-ha3g-ha3gxx-smn900.tar.md5 atau CF-Auto-Root-hlte-hltexx-smn9005.tar.md5 yang telah di download dan unzip sebelum ini. (pastikan ianya .tar.md5 dan bukannya .zip)

Langkah 7
Klik  Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Peranti anda akan reboot secara automatik.
Odin 1.85 for Galaxy Note 3

Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy Note 3 (N900 / N9005) anda kini telah berjaya di root.

NOTA : Untuk memastikan peranti anda telah berjaya di root, pastikan terdapat aplikasi SuperSU. Jika tidak, anda boleh muat turun dan install aplikasi SuperSU dari Google Play.


Cara Root GALAXY NOTE 3 Cara Root GALAXY NOTE 3 Reviewed by penghentam setia on January 07, 2014 Rating: 5

No comments